BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 19, 2009

HERBA DAN TERAPI KESIHATAN “ARTHRITIS”

oleh : Tabib Hj. Malek bin A. Kassim (Pengasas & Pakar Rujuk Perubatan Tradisional Malekas)

Bagi Tabib, penyakit arthritis adalah penyakit bisa tulang, sendi dan pijar-pijar badan. Biasanya penyakit tersebut akan dialami oleh orang-orang yang meningkat umur iaitu 30 tahun ke atas.

Penyakit ini akan membuatkan seseorang itu amat sukar dan payah dalam melakukan kerja-kerja yang banyak pergerakan badan termasuk ibadah seperti mengerjakan solat dan ibadah Haji. Kadang-kala pesakit akan mengerang menahan kesakitan yang teramat sangat.

Bagi tabib, punca dan sebab, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Namun dari sudut akal, penyakit itu datang dari tabiat pemakanan kita sendiri. Tabiat makan berlebih-lebihan seperti makanan laut dan kekacang boleh mengundang pelbagai penyakit mengikut kondisi badan seseorang. “perut pintu penyakit; pantang pintu penawar”.

Makanan berdarah merah seperti daging dan makanan laut, boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit arthritis jika dimakan berlebihan. Begitu juga dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan kekacang.

Terapi dan pengubatan herba antara lain cara-caranya ialah:

a) Pesakit tersebut perlu berpantang makanan seperti daging ikan yang banyak darah, dan juga makanan laut untuk beberapa minggu.

b) Pantang segala jenis kekacang

c) Kurangkan pengambilan garam dan gula

d) Pantang makan cili padi

e) Banyakkan minum air jernih (plain water)

f) Banyakkan minum jus buah-buahan yang kurang masam

g) Boleh membuat rawatan di pusat perubatan Malekas

0 comments: